Wednesday, November 11, 2009

Sambutan HARI RAYA AIDIL ADHA Astra Johor, 28 November 2009, 5 pm , Batu Layar, Kota Tinggi, Johor. Semua dijemput hadir.

Sambutan HARI RAYA AIDIL ADHA Astra Johor,

28 November 2009, 5 pm ,
Batu Layar, Kota Tinggi, Johor. Semua dijemput hadir.


Berdasarkan perbincangan yang dijalankan dalam Mesyuarat Penyelarasan ASTRA JOHOR pada malam 1 November 2009 juga telah memutuskan persetujuan semua bagi menjalankan aktiviti:

Majlis Sambutan Raya Haji akan dibuat EYEBALL pada 28 November 2009 jam 5 petang hingga 29 November 2009 di Mutiara Bay Resort, Batu Layar, Kota Tinggi, Johor.

Pungutan tabung program akan dibuat pada tarikh berkenaan mengikut kemampuan dan keikhlasan peserta eyeball raya haji.

5.00 pm Pendaftaran
6.00 pm Menyiapkan dapur-dapur BBQ Ayam, Daging Lembu, Seafood ( Ikan dll) serta pemilihan tempat untuk berkhemah jika ingin bermalam. Khemah dibawa sendiri oleh peserta. Bilik air dan tandas disediakan dan percuma.
7.00 pm Solat Maghrib beramai-ramai di tepi pantai batu layar.
8.00 pm Makan malam dan Sambutan Hari Raya Haji.
10.00 pm Unggun Api & Acara Bebas
12.00 pm Istirehat
5.30 am Solat Subuh
11.00 am Jamuan Majlis Menyambut Menantu 9W2DSD di lokasi yang sama. ( Bagi pihak 9W2DSD Pak Din Batu Layar , menjemput Semua Warga Ham untuk hadir bagi memeriahkan lagi majlis menyembut menantu pertama beliau )
5.00 pm Bersurai.

Dengan pengambilalihan program sambutan Hari Raya Haji ini yang dikendalikan oleh ASTRA Johor, Daerah Johor Bahru, maka pihak ASTRA Johor, Daerah Kluang bersetuju mengambil alih tugas Daearah Johor Bahru mengadakan AGM ASTRA JOHOR yang akan dilaksanakan di Kluang pada Februari 2010 nanti.

Datang jangan tak datang!

Ceria bersama ASTRA.

Friday, October 23, 2009

Gambar JOTA 2009 di Tasek Merdeka Johor Bahru

17  dan 18 Oktober 2009

berlangsung JOTA di Johor Bahru

haraf maaf Gambar akan dimasukkan. 

harap dapat pantau kemudian.

73

Sunday, October 4, 2009

Membaikpulih Antenna Linking Ledang dan membuat penyelengaraan


























Alhamdulillah, kerana dapat menjayakan aktiviti yang amat penting ini demi kebajikan Warga Radio Amatur Negeri Johor khususnya bagi membolehkan semua dapat berkomunikasi seantero semenjung malasia sehingga ke pulau-pulau berdekatan dgn Semenanjung Malaysia.

Hasil sumbangan tenaga, masa dan kewangan yang dapat digarap dengan komitmen yang tinggi warga amatur yang berkerjasama dapatlah dilaksanakan kerja-kerja berkenaan.

Setelah dilaksanakan tugasan dengan jayanya diserahkan penjagaan repeater berkenaan bagi diuruskan dan dipantau oleh 9W2MHX Abang Helmi untuk urusan selanjutnya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada 9w2PSC(ARMI),9w2RLW(ANUAR),9W2JDG(JEFF),9W2BJH(HAFIZ),SWAL(YUS),9W2ZXZ(AZAM) DAN 9W2MHX(HELMI),9W2ALS(ALIAS)  serta rakan daripada Melaka 9W2USM,9W2PGC dan rakan lain yang sama-sama menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam usaha yang berjaya ini.

Walaupun dijangkakan selesai cepat tanpa ada masalah, namun cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun dengan lebat, angin kuat menyebabkan kerja-kerja lewat siap hingga jam 7 petang. Turun kebawah dengan harapan pintu masih dibuka. Namun kecewa dan terpaksa menunggu bantuan rakan Melaka membukakan pintu gate sampai jam 9.30malam menunggu kira2 3 jam di depan gate. Pengalaman yang tidak dilupakan.

Nasib baik bekalan nasi ketupat dan rendang ada sedikit dan roti adalah sebuku untuk mengalas perut yang semuanya kesejukan di pintu gate ledang. Turun kebawah terus ke Pekan Tangkak untuk jamuan ringan.

Kumpulan Johor Bahru pulang dan sampai di JB lebih kurang jam 12.30 pagi.

InsyaAllah semuanya akan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Astra Johor akan datang pada 10 Oktober 2009 di rumah 9W2MHX.

Kesemua jumlah pungutan juga akan dibentangkan disana. Kami akan wartakan jumlah kutipan dan penyumbang yang menyumbang. Akhir kalam, semoga rakan-rakan berpuas hati dan memberikan teguran yang membina bagi menjayakan pergerakan kita ini selangkah lagi kehadapan.

BERSAHABAT MELALUI UDARA

73

Thursday, October 1, 2009

Edaran Contoh Antenna ASTRA




Diharap dengan disebarkan lakaran dan ukuran antenna ini dapat membantu rakan-rakan HAM seluruh Malaysia amnya dan khasnya negeri Johor dalam usaha membuat antenna sendiri. 

Jika ada masalah di gunung atau tempat letak repeater bolehlah membuat sumbangan hasil kerja sahabat untuk kegunaan bersama. Moga berkat usaha sahabat dapat dimanafaatkan oleh semua dan mendapat pahala yang berpanjangan. Mudah-mudahan.

Sunday, September 27, 2009

Lokasi Antenna Mobile yang sesuai

Radiation Pattern of Mobile Antennas

Most people think that antennas mounted on vehicles are omnidirectional. This is mostly true, but the radiation pattern is influenced greatly by the body of the vehicle. Remember we stated that the body acts as the "radials" for the antenna? Well, we know that the body does not extend around the base on the antenna equally. Figure 2 shows how the radiation pattern of a whip is influenced by the body of the vehicle. As you can see, the shape of the pattern depends on where you mount the antenna. The pattern is "pulled" to areas where there is the most vehicle body. The pattern is the worst in directions where there is no metal body for a radial.



Wednesday, September 16, 2009


SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA WARGA HAM TAK KIRA DI MANA ANDA BERADA.

DARIPADA AJK ASTRA DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR