Friday, October 23, 2009

Gambar JOTA 2009 di Tasek Merdeka Johor Bahru

17  dan 18 Oktober 2009

berlangsung JOTA di Johor Bahru

haraf maaf Gambar akan dimasukkan. 

harap dapat pantau kemudian.

73

Sunday, October 4, 2009

Membaikpulih Antenna Linking Ledang dan membuat penyelengaraan


























Alhamdulillah, kerana dapat menjayakan aktiviti yang amat penting ini demi kebajikan Warga Radio Amatur Negeri Johor khususnya bagi membolehkan semua dapat berkomunikasi seantero semenjung malasia sehingga ke pulau-pulau berdekatan dgn Semenanjung Malaysia.

Hasil sumbangan tenaga, masa dan kewangan yang dapat digarap dengan komitmen yang tinggi warga amatur yang berkerjasama dapatlah dilaksanakan kerja-kerja berkenaan.

Setelah dilaksanakan tugasan dengan jayanya diserahkan penjagaan repeater berkenaan bagi diuruskan dan dipantau oleh 9W2MHX Abang Helmi untuk urusan selanjutnya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada 9w2PSC(ARMI),9w2RLW(ANUAR),9W2JDG(JEFF),9W2BJH(HAFIZ),SWAL(YUS),9W2ZXZ(AZAM) DAN 9W2MHX(HELMI),9W2ALS(ALIAS)  serta rakan daripada Melaka 9W2USM,9W2PGC dan rakan lain yang sama-sama menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam usaha yang berjaya ini.

Walaupun dijangkakan selesai cepat tanpa ada masalah, namun cuaca tidak mengizinkan. Hujan turun dengan lebat, angin kuat menyebabkan kerja-kerja lewat siap hingga jam 7 petang. Turun kebawah dengan harapan pintu masih dibuka. Namun kecewa dan terpaksa menunggu bantuan rakan Melaka membukakan pintu gate sampai jam 9.30malam menunggu kira2 3 jam di depan gate. Pengalaman yang tidak dilupakan.

Nasib baik bekalan nasi ketupat dan rendang ada sedikit dan roti adalah sebuku untuk mengalas perut yang semuanya kesejukan di pintu gate ledang. Turun kebawah terus ke Pekan Tangkak untuk jamuan ringan.

Kumpulan Johor Bahru pulang dan sampai di JB lebih kurang jam 12.30 pagi.

InsyaAllah semuanya akan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Astra Johor akan datang pada 10 Oktober 2009 di rumah 9W2MHX.

Kesemua jumlah pungutan juga akan dibentangkan disana. Kami akan wartakan jumlah kutipan dan penyumbang yang menyumbang. Akhir kalam, semoga rakan-rakan berpuas hati dan memberikan teguran yang membina bagi menjayakan pergerakan kita ini selangkah lagi kehadapan.

BERSAHABAT MELALUI UDARA

73

Thursday, October 1, 2009

Edaran Contoh Antenna ASTRA




Diharap dengan disebarkan lakaran dan ukuran antenna ini dapat membantu rakan-rakan HAM seluruh Malaysia amnya dan khasnya negeri Johor dalam usaha membuat antenna sendiri. 

Jika ada masalah di gunung atau tempat letak repeater bolehlah membuat sumbangan hasil kerja sahabat untuk kegunaan bersama. Moga berkat usaha sahabat dapat dimanafaatkan oleh semua dan mendapat pahala yang berpanjangan. Mudah-mudahan.